Jika anda pernah pergi ke daerah Engkilili, Sri Aman, anda sebenarnya berpeluang menyaksikan sendiri Ular Gergasi ataupun dalam bahasa Ibannya Batu Nabau di Bukong Cuma 50 meter dari Rumah Nyalau. Baru-baru ini pernah disiarkan dalam Utusan Sarawak mengenai ular gergasi ini, walaupun sebelum ini pernah beberapa kali disiarkan dalam akhbar tempatan Sarawak, termasuk akhbar berbahasa Mandarin pada Ogos lalu. Batu Nabau ini seawalnya pernah didedahkan pada dada akhbar pada 1996. Baru-baru ini kawasasn Batu Nabau ini telah dibersihkan dan Ular Gergasi itu telah dicat semula agar rupanya bertambah terserlah. Untuk pengetahuan umum, batu ini mempunyai ukuran panjang 30 kaki dengan diameter melebihi dua meter. Malahan Batu Nabau itu mempunyai cerita dan hikayatnya tersendiri. Penduduk sekitarnya amat mengetahuinya. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut hikayat atau ingin menyaksikan sendiri betapa besarnya ular batu ini, anda boleh melawat sendiri ke tapak ini.
Friday, January 2, 2009
Ular Gergasi Di Engkilili, Sri Aman

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment